Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 1, 2016

It's not always my fault, you know.

Tonight husband were out jumpa kawan dia accident. Bila tiba waktu tidur, the kids sleep with me la. Yup, nothing extraordinary.

Cuma masalahnya bila tidur dengan mama, budak-budak ni akan berebut nak tidur sebelah mama. I refused to be in the middle, memang tak tidur sampai pagi la jawabnya sebab anak-anak tidur lasak. So aku buat rule - gilir-gilir tidur sebelah mama. Kalau hari ini kakak tidur sebelah mama, adik tidur tepi sana. Kalau adik tidur sebelah mama, kakak tidur hujung sana.

Nampak simple kan?

Tak.

Kakak senang nak pujuk, senang nak mengalah. Tapi adik dia degil nauzubillah. Bila turn dia tidur jauh, mula buat drama air mata. Nangis macam mama dera! Dia ingat dia sorang boleh degil, mama punya degil dia tak tahu. Aku taknak kakak asik mengalah, tak fair. Nanti kakak kata mama tak sayang dia pula, asik sayang adik. She is just 4 years old you know, masih nak bermanja walaupun dah ada adik.

So drama air mata continues sampai ayah balik. Si adik berlari keluar dapatkan ayahnya dengan air mata berjujai.

My husband being tired, dah mula annoyed. "Siapa buat Danial?" And being kid, anak aku jawab "Mama buat" Ermm..which is kinda true la kan. Tapi mama tak pukul. Well, you know the whole story la, malas nak explain myself.

Husband aku dengar "mama buat", terus naik angin. "Tidur dengan ayah!"

Cerita tak habis lagi.

My kids berebut satu permainan ni. Ada dua sebenarnya, sorang satu tapi satu lagi ntah ke mana. The father insist mainan tu dah hilang. So sebelum aku masuk tidur tadi, aku dah cari dalam bakul mainan, ada!

Bila husband nampak mainan tu, dia tanya anak mana jumpa. Anak aku jawab "Amani main tadi" Again..ermm kinda true also tapi dia tak jawab soalan sebenarnya. But of course husband tak tanya banyak dan assume anak dia yang cari.

Me? Duduk dalam bilik diam-diam and write this post instead. Malas nak explain myself because you know, "kids don't lie". So who do you think my husband would trust more?

Penat jadi mangsa prejudis. I'm just a mom. It's not always my fault, you know.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment