Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 30, 2012

Gosip retis

Arini tetiba nak cerita pasal gosip artis.

Lately kecoh pasal kes Abby Abadi suruh tukar kerajaan sebab nak merealisasikan dunia hiburan yang berlandaskan syariah. (http://beautifulnara.com/abby-abadi-kini-semakin-lantang-bersuara-perjuangkan-hak-selebriti-sepertinya/)

Again, isu agama diperkotak-katikkan.

Ak tak blame Abby. Pasal nak realisasikan dunia hiburan yang berlandaskan syariah tu, ak memang setuju. Kalau kita berlandaskan hukum Islam yang sebenar, hiburan sebegitu la yang sepatutnya. Apa yang ak nak bincangkan kat sini ialah ramai sangat yang blame Abby.

Korang memang kan, taknak der tengok tv kalau rancangan tu tak boleh buat korang gelak sakan, or takde mamat/aweks yang boleh buat korang cuci mata. Ah, takyah cakap korang, ak pun sama. Heeeee..... Soalnya antara mahu atau tidak. Ko tak stuju nak diadakan hiburan berlandaskan syariah, diam jela. Tapi apa yang Abby cakap tu BETUL, tak perlu dipersoalkan lagi. Titik!

Ini bukan kali pertama ak dengar artis merungut hilang job bila bertudung. Ada tu boleh pulak bukak tudung bila shooting. Bila ditanya, alasan "Pengarah suruh". Ak memang faham sangat keluhan Abby tu. Dah dia cari makan dengan berlakon, mesti la dia kecewa kalau tak dapat job hanya sebab dia bertudung! Apa yang dia mahukan, mungkin patut hasilkan karya islamik dengan lebih banyak, tu je.

Teringat Fazura pernah buat statement susah nak cari offer yang sesuai, sebab skang ni semua cerita demand adegan rogol, peluk, tido sekatil. Itu pun dia kene kutuk! Memang la dia seksi tapi tak bermakna dia suke bergesel-gesel ngan lelaki kan. Jangan la hukum dia camtu. Again, ak support Fazura.

Nampak tak trend cerita-cerita kat Malaysia ni macam mana? Dah ramai artis bersuara sebenarnya tapi at the end dorang kene kutuk. Abby paling kesian, kene banned terus.

Artis yang keluar gosip berbikini kat Thailand, yang kene tangkap khalwat, yang bertatu, yang rampas suami orang, tak kene banned plak kan? Apakahhhh???!!!!

Kita ni nama je negara Islam tapi berapa banyak karya Islamik kita? Indonesia tu rajin je buat filem/drama yang Islamik, ok je...Takde pun lingkup industri seni dia. Ha, tu baru betul negara Islam.

Bila cakap pasal karya Islamik, jangan la fikir tilawah Al-Quran je. Siapa pernah tengok cerita Geng Surau kat Astro? Ha...tu antara cerita yang garapkan unsur-unsur Islam  dengan cara yang sangatt menarik! Dah masuk musim kedua pun. Ak suka cerita ni, kelakar! Pelakon-pelakon dia pun semuanya elok je bertudung dan berkopiah.



So ape conclusion dari post ak kali ni ye? Ntah, ak pun tak tau. Takde conclusion kot..

Point asal ak create post ni ialah untuk cite ak suka Geng Surau. Yang lain tu bahan bualan sampingan je. Hidup Geng Surau!!

No comments:

Post a Comment