Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 13, 2012

If I could do something..

SYRIA#Homs ||Alhoula
Heartbreaking!! He carries his little injured baby brother in his arms. Their father and their mother were killed during the shelling in Al Hula neighborhood today.
NOW THEY HAVE BECOME ORPHANS, AND THIS LITTLE BOY HAS TO BE A MOTHER AND FATHER TO HIS BABY BROTHER!! ABSOLUTELY DEVASTATING!!! THE PAIN AGONY SORRY AND PAIN!!!

YA ALLAH!! YA ALLAH!! YA ALLAH!!!

 ***********************************************************

Seorang sahabat post gambar di atas dalam Facebook beliau. Subhanallah..meleleh air mata. Tersentuh sungguh naluri keibuan ak ni...

Terus terdetik dalam hati ak, alangkah baiknya kalau anak malang ini dapat ku jadikan anak angkat.

Dia anak kecil yang polos, masih belum mengerti apa-apa. Tangisnya belum tentu kerana meratapi kehilangan kedua orang tuanya. Tangisnya barangkali kerana pedihnya luka di kepala. 

Ak mungkin bukan ibu yang baik. Anak sendiri pun belum pasti ak jaga dengan baik. Tapi ak tahu 1 perkara, setiap anak kecil perlukan kasih sayang ibu. Jika tidak dijaga rapi pun, saat dia menangis tengah malam masih ada tangan hangat yang membelai dia kembali tidur. 

Ak masih fobia mengenangkan sakitnya bersalin kan Amani dulu. Sakit itu buatkan ak inginkan yang terbaik untuk dia, Susah payah ak melahirkan dia ke dunia ini (walaupun tak susah sangat sebab operate, tapi terseksa la jugak 12jam tunggu doktor setuju untuk bedah). Kalau ak jadi ibu kepada bayi malang di atas, ak pasti berdoa agar ada yang rela menggantikan tempatku dan membesarkannya dengan sempurna. 

Tapi bukan mudah mahu mengambil mereka jadi anak angkat. Sedangkan Madonna yang kaya gile tu pun perlu  fight habis-habisan di mahkamah untuk ambil anak angkat bangsa Malawinya tu. Entah berapa ratus ribu USD dihabiskan untuk yuran guaman. Bukan dia tak mampu besarkan anak tu, dia kaya gile kot. Nak compare ngan ak, lagi la tak layak!

Aku hanya mampu memanjat doa pada yang Maha Esa..Ya Allah, kau lindungilah saudara-saudaraku di luar sana, lindungilah anak-anak kecil ini, panjangkan lah umur mereka, murahkan rezeki mereka, rahmatilah mereka. Jauhkanlah mereka dari azab dunia dan temukanlah mereka dengan nikmat syurga. Jadikan ak, keluargaku dan anakku hambaMu yang sentiasa bersyukur ya Allah. Amin...

No comments:

Post a Comment