Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 22, 2012

My 2 cents

Terpanggil untuk mengulas isu keganasan Israel terhadap penduduk Gaza.

Instead of memberi sokongan yang wajar seperti doa (doa senjata terkuat org Muslim), xpun menderma harta benda dan tenaga, ramai di kalangan kita yang ak tengok suruh boikot ape jua yang berkaitan dengan Israel. Itu boikot, ni boikot. Kalau kite pakai jugak produk Israel tu, kite di-chop sebagai penyokong Israel.

Antara yang jadi mangsa McD. Haa...bila McD pon dah masuk list, ramai yang menggelupur. "Tak boleh makan McD?? Tidakkkkkk....!!!" begitu reaksi orang ramai.

Hmmm...serius tak faham.

Kite marah bila orang Islam di-chop sebagai terrorist sejak peristiwa 9-11 kat New York itu hari. Yang buat aksi kamikaze tu ialah pejuang Al-Qaeda, dah kenapa pulak nak chop semua Muslim ialah pengganas. Ini tidak adil!! Ak ni contohnye ha, tengok lembu kene sembelih time korban pon fobia 2-3 minggu, inikan pulak nak membunuh orang, terrorist tang mana ak ni? Ak Muslim gak.

Sama je prinsip dia skang ni. So adil ke nak boikot semua organisasi Israel? Tak adil kan....

Nak boikot McD...korang masuk McD korang tengok sape yang banyak keje situ, bukan anak Melayu? Kalau McD tutup, depa nak keje ape? Nak buat lumba haram korang marah...

Company ak sekarang ni antara yang dikaitkan dengan Israel. Nak suruh boikot company ak... Hmm..dok terfikir gak la, nak boikot camne? Perlukah ak berhenti kerja? Ponteng kerja?? Arini ak berhenti (atau dipecat sebab ponteng), esok-esok depa hire orang baru. Dan company ni tetap akan teguh kat Malaysia. Sebabnya 70% business company ak datangnya dari government. Government banyak guna servis kitorang.

Akhirnya yang ranap ak je sebab takde duit nak hidup. Tak boleh jadiiii......

Israel-link company pun, kebajikan pekerja Muslim tak pernah company ak abaikan. Tempat solat ada, bilik khas untuk ibu-ibu mengepam pun ada, siap ada tirai bagai sebab tahu tetek ni aurat. Time Ramadhan aritu depa siap distribute kurma satu pejabat. Ada allocation cuti khas untuk tunaikan haji. Jadi, kenapa perlu boikot company ak?

Yang paling kelakar bila kat Facebook orang pakat-pakat post gambar Justin Bieber kibarkan bendera Israel. Masing-masing pakat taknak dengar lagu mamat jambu tu lagi. Padahal gambar sebenar ialah Justin tengah kibar bendera Brazil. Orang super-impose kan gambar dia agaknye. Hahaha...nasibla ko Justin sebab jadi mangsa keadaan.

Nampak tak, ni semua propaganda je...

Banyak lagi kot cara lain nak bantu Gaza dan lingkupkan Israel. Jangan mudah terpedaya. Mari kita sama-sama fikirkan cara yang lebih 'bijak' untuk membantu mangsa Gaza. Lepas solat jangan lupa doakan mereka.

Eh, tapi kalau nak boikot Justin Bieber tu pun cun gak. Ak memang tak berkenan dengan lagu-lagu dia. Sila boikot.

2 comments:

  1. aku sokong statement ko ni. ak ni dihantar (bukan saje mntak) praktikal kat mcd. x psl2 kne tempiasnye. baru2 ni mcd bg free burger mmg cina je yg ramai redeem org mlayu nmpak kboikotannye disitu hehe

    ReplyDelete
  2. Ala, sementara je tu. Gila nak boikot lama-lama? Mana nak cari McChicken, Big Mac sesedap tu kat tempat lain. Oih, lapa McD. Tgh ari kang ak serbu!

    ReplyDelete