Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 20, 2012

Adab-adab mengumpat

 

Haaa....ko ingat depan orang tua je nak kene ada adab, nak buat jahat pun ada adabnya uolsss...ni Mak Tom nak share la sket kan adab-adab mengumpat ni. Tips ni memang Mak Tom galakkan sangat untuk korang amalkan sebab Mak Tom kumpul tips-tips setelah 50 tahun berkecimpung dalan aktiviti umpat-mengumpat ni. Berikut adalah adab-adab mengumpat yang perlu dijaga;

1. Cakap siang pandang-pandang
 

Nak mengumpat tu ingat sikit orang keliling. Paling penting make sure orang yang kau nak umpatkan tu takde kat keliling kau. Cakap tu jangan memetir, control sket volume tu. Takyah la ko nak jaja kat semua orang yang mulut kau macam longkang, suka mengumpat orang. Dah la mengumpat orang tu perbuatan keji, kau takyah sibuk nak jaja kekejian kau tu kat semua orang dengan mengumpat macam orang tertelan mikropon. Ingat, motip kita ialah nak cerita keburukan orang, bukan nak jaja keburukan sendiri.

2. Pilih bulu

Kene pilih dengan siapa kau nak mengumpat. Mana boleh mengumpat pasal semua benda kat semua orang. Tak semua orang faham ape yang kau cakap. Contohnya kau nak mengumpat Diana Danielle pasal isu dia bunting express tu kat orang yang "Dina Danel who??", mana mau nye..... 

3. Buat jahat berpada-pada

Biasanya kita akan mengumpat orang yang kita benci. Kita cerita yang buruk-buruk je tentang dia. Kadang-kadang yang tak buruk pun kita jadikan buruk. Tapiiiii...bila dah mengumpat ramai-ramai tu, tak payah la kau nak ajak kawan-kawan kau benci kat orang tu sekalik. Kau benci kat Milah, kau hasut kawan-kawan kau boikot Milah. Jangan... Mengumpat tu dah berdosa dah, jangan kau nak tambah dosa dengan laga-lagakan orang. Sama jugak la kalau kau dengar kawan kau mengumpat, biar ajelah dia bengang dengan si polan tu. Kalau si polan tu takde buat pape salah kat kau, tak payah la kau nak benci dia sama semata-mata terpengaruh ngan cerita kawan kau. Sila bersikap matang.

4. Tetapkan pendirian

Sebelum memulakan upacara mengumpat, tetapkan pendirian anda. Kau nak side siapa? Tak boleh la depan A ko kutuk B, tapi depan B ko kutuk A. Kau kene pilih! Tak boleh tamak, cikgu kau tak ajar ke orang tamak selalu rugi?

5. Take it or leave it

Ada jugak orang yang belakang mengumpat, dah jumpa depan-depan dia terus terang plak. Adaaa....Mak Tom penah jumpa orang camni. Padah mengumpat ialah api neraka. Dah kalau kau pilih untuk jadi jujur, kenapa pulak kau nak masukkan diri kau dalam neraka?? Haih, tak faham Mak Tom!

6. Ingat Tuhan


Entah kenapa orang pompuan suke sangat berborak dalam surau. Sambil mekap-mekap lepas solat tu kan, mulut pot pet pot pet...Rasa tak bersalah je mengumpat. Ini memang Mak Tom tak berkenan sangat-sanagt. Mak Tom nak tekankan, JANGAN mengumpat dalam surau apatah lagi masjid. Ape la motipnya kau mengumpat lepas tu kau sembahyang? Agak-agak la mengumpat tu.. Rumah Allah setan tak masuk, jangan kau pulak nak jadi setannya, emnganggu ummah lain nak solat. Cakap la berbisik sekalipun, mengumpat dalam rumah Allah is NO NO! 

Renung-renungkan dan selamat beramal......

No comments:

Post a Comment