Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 17, 2012

Sirih pulang ke gagang

Ak ni nama je lahir kat JB tapi dah lama gila ak tak ke sana. Tanya  la ak pasal tempat-tempat kat JB, haram ak tak tau. Tapi minggu lepas ak berkesempatan ke sana sebab kezen ak bertunang, dapat orang JB katanya. Kalau kawan-kawan nak escape tak mau datang takpe kot tapi ni kezen, macam jatuh hukum wajib datang gitu. Masa majlis ak dia datang, so need to return the favor. Maka turun lah ak ke JB, bagai sirih pulang ke gagang...

Ja and his wife-to-be, insyaAllah..

Sebelum balik tu singgah Angsana jap. Nawaitunye nak jumpa Along ak. (Tapi ak rasa cam alasan je tu, kakak ak kalau tak singgah mall tak sah!). Tetibe ternampak ada khemah besar kt depan Angsana tu, kitorg pon masuk.

Ooo...rupanya ada Promosi Kraf Malaysia 2012. Layannn....

Ada booth-booth kecik camni yang buat live demonstration hasil-hasil kraf.

Kasut buatan Malaysia, siap ade design kasut 1 Malaysia lagi. Ok kasut ni, leh pakai ngan baju kuning, biru, merah, putih...berbaloi-baloi untuk nilai wang anda. Hehehe..

Orang suruh tayang angklung tu dia gi tayang beg baru beli. Yang penting, pose mesti melentik ye..

Besarnye wau...tetiba ada fantasi nak ride wau ni and terbang ke angkasa raya. weee....ok, merepek

Promosi Kraf Malaysia 2012.
13-25 Disember
Padang A, Plaza Angsana, JB

Adoi mak, rambang mata tengok hasil-hasil kraf yang ada. Beg anyam cantik-cantik, songket, batik. Harga memang berpatutan la. Tak semurah dekat Terengganu nun tapi ok la....Bagi orang yang dentis cam ak ni, you can  just hang out kat depan pentas ni, and wait for shows. Masa ak datang ni ade persembahan dari Badan Kesenian Warisan Johor Bahru. Seronok tengok tarian Zapin. K-Pop??? Zapin rocks!!!

Masih sempat unutk pergi. Sape lagi nk sokong kraf tempatan kalau tak kita kan?

No comments:

Post a Comment