Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 8, 2013

Menantu pilihan..

Hadi mula berpeluh. Ibunya masih belum memberi keputusan. Kali ni dah masuk kali ke tiga dia bawa calon balik ke rumah untuk bertemu ibunya, Puan Rosmah, mahu mohon restu. Jika kali ini ibunya tak setuju jugak, dia nekad mahu berkahwin dengan janda anak tiga bernama Rozita Che Wan yang tinggal di kampung sebelah.

Hadi pening memikirkan selera ibunya. Calon pertama cantik, tapi ditolak kerana hanya berkelulusan Diploma, kerja sebagai guru sandaran di sekolah rendah. Bukan mudah mahu cari kerja dalam keadaan ekonomi sekarang, Hadi faham dan Hadi tak kisah... bukan isterinya yang bagi dia makan, tapi sebaliknya. Jadi pedulik apa kalau hanya ada Diploma dan cikgu pula. Tapi bagi Puan Rosmah, menantunya harus ada kelulusan tinggi. Biar cucu-cucunya nanti pun bijak-bijak macam anak dan menantunya. Biar kerja tinggi, supaya tidak membebankan anaknya.

Calon kedua seorang pegawai ni jabatan kerajaan, juga berparas cantik (taste Hadi memang yang cantik aje). Ketika dibawa berjumpa ibunya, Puan Rosmah tiba-tiba kata sakit kaki padahal baru pagi itu dia nampak Puan Rosmah berlatih poco-poco di laman rumah. Puan Rosmah menyuruh calon yang di bawa Hadi tolong dia masak di dapur. Ternyata perempuan itu agak kekok memegang pisau dan senduk. Bila di minta tolong basuh pinggan pun, bukan main bising dapur dengan bunyi pinggan mangkuk berlaga dalam sinki. Calon itu ditolak..Puan Rosmah memang tak berkenan dengan perempuan yang tak tahu buat kerja rumah. Menantunya harus tahu buat kerja rumah agar kebajikan Hadi terjaga. Jimat, tak perlu upah pembantu rumah. Sihat, tak perlu makan di luar sentiasa. Kalau semua boleh diupah, untuk apa ada isteri?? Fikir Puan Rosmah.

Puan Rosmah bukan tak berkenan dengan perempuan dengan calon-calon yang dibawa balik Hadi untuk berjumpanya, cuma pada pendapat dia, anaknya Hadi itu layak mendapat yang terbaik. Hadi itu graduan lulusan luar negara, kerja pula sebagai Engineer di sebuah syarikat terkemuka. Keretanya kereta sport buatan Jerman...bukan kereta cikai cap Malaysia. Rupa paras pun bukan main elok, kurang sikit je dari Hans Isaac katanya. Dengan ciri-ciri jejaka idaman Malaya yang dimiliki Hadi, Puan Rosmah yakin dia boleh mendapat isteri yang ratingnya AA. Ala, dia memilih pun untuk kebaikan Hadi juga, anak kesayangannya.

Puan Rosmah tersenyum dengan calon ketiga ini. Cantik, kerja pegawai di syarikat swasta, kelulusan luar negara juga, dan tidak kekok buat kerja rumah. Malah karipap yang dibuat bersama di dapur lebih elok dan halus buatannya berbanding karipap Puan Rosmah. Kali ini dia setuju, terus ditanya bila pihaknya boleh datang merisik. Hadi senyum girang! Akhirnya dapat jugak dia kawen dengan anak dara, bukan janda.

*****************************************

Suasana di rumah perempuan agak meriah, penuh dengan tetamu. Adik-beradik perempuan itu memang ramai, hubungan dengan sedara mara juga rapat, maka pantang ada majlis waima sekecil majlis merisik ini pun akan ramai yang hadir. Lagi pun bakal isteri Hadi ini anak bongsu dalam keluarga, mestilah meriah, majlis terakhir katanya...Orang ramai teruja mahu melihat calon lelaki. Oh, walaupun kalau diikutkan adat pengantin lelaki tak payah ikut waktu merisik, tapi memandangkan Hadi berjawatan pemandu tetap bagi Puan Rosmah, maka dia pun terpaksa buat muka tebal hadir dalam majlis tersebut.

Puan Rosmah tersenyum. "Keluarga besar, bagus. Mesti subur!" bisiknya di dalam hati.

Majlis merisik diteruskan dengan aman. Kedua-dua pihak setuju majlis pertunangan akan dilangsungkan dalam masa 4 bulan lagi. Sekarang tibalah waktu untuk menjamu selera.

"Walaupun makanan dah ada depan mata, tapi sempena meraikan majlis yang elok ni, eloklah kita baca sedikit doa selamat mendoakan agar hubungan ini kekal sampai ke majlis bersanding nanti." kata wakil dari pihak perempuan. Semua orang mengangguk tanda setuju.

"Ha Hadi, bacalah doa. Ini majlis kamu, elok kamu le minta kat Allah agar majlis kamu ini diberkati. Lagipun kami teringin jugak nak dengar suara bakal menantu keluarga kami ni. Ala, tak payah panjang-panjang, pendek pun takpe.." sambung pakcik perempuan itu lagi.

Hadi telan air liur. Dahinya mula berpeluh. Dia kemaskan duduk dan menadah tangan. Mukanya tunduk menghadap lantai. Lalu dia mulakan bicara..

"Err...bismillah...hirrahman..nirrahim...Allah humma.....eh...Alhamdulillah.....errr....eh....Subha....errr...."

Puan Rosmah mula mengibas muka dengan kain selendangnya. Dia bukan sekadar panas luar, hatinya juga panas. Dia tak tahu mana nak sorokkan muka...ikutkan hati mahu aja dia tarik anak dan suaminya keluar dari rumah itu sekarang juga. Malunya dia hanya Tuhan yang tahu. Tapi dia hanya mampu senyum senget memandang tetamu yang sudah mula berbisik-bisik dan ketawa kecil...

-TAMAT-

Note: Cerita ini tidak ada kaitan dengan sesape. Hanya rekaan blogger semata-mata. Sekian.

No comments:

Post a Comment