Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 4, 2013

Kopi dan kemajuan

Petang itu, Seman sedang leka minum kopi dia warung kegemarannya - Warung Kopi Samad di Kampung Simpang Empat. Tiba-tiba dia diserpa oleh sahabat baiknya, Daud.

Daud: Assalamualaikum Man! Aku dengar tu anak Lebai Karim dapat masuk UiTM katanya, dia dapat 4A dalam SPM aritu. Anak kau dapat 5A SPM kan? Waahh...ada peluang la dia masuk Universiti yek.

Seman: Hmm...takde maknanya Daud oi... Anak aku dah cek, permohonan gagal katanya...

Daud: Alahai....bukan rezeki dia la tu kot. Tapi anak kau Shahmi tu pandai budaknya, rugi kalau tak sambung belajar. 

Seman: Dia ada cakap dengan aku, dia nak masuk IPTS. Hissyy...risau la aku. Aku mana mampu nak tanggung. Kau bukan tak tahu yuran IPTS tu mahal.

Daud: Biarlah dia Man, budak tengah semangat nak belajar, jangan dihalang.

Seman: Aku suruh dia pilih kolej kat pekan nun, senang, dekat. Boleh ulang alik dari rumah aje. Tak banyak kos.

Daud: Haisy kau ni....cari la tempat yang elok sikit. Nabi pesan, cari ilmu biar sampai ke negara China.

Seman: Aku tak mampu Daud.. aku ni tak berharta.

Daud: Ada orang sanggup bergadai tanah nak sekolahkan anak. Biar susah sekarang...nanti bila anak tu dah berjaya, dia senangkan kau pulak. Tu Ucop Vespa tu, dulu je pakai Vespa..sekarang dah pakai Harley Davidson, anak dia belikan. Cantik ye motor tu, berkenan juge aku.

Seman: Itu kalau dia ingatkan aku. Kalau dia lupa diri? 

Daud: Ah kau ni, asik fikir yang buruk je! Budak kalau nak lupa diri, tak payah tunggu berjaya, sekarang lagi dah boleh rosak. Macam budak Mamat tu, belum habis sekolah dah jadi mat rempit.

Seman: Ah, kau cakap senang la, hidup kau tak susah macam aku. Bini kau ambil upah menjahit, ada juga tolong kau sekolahkan anak. Aku ni seorang je yang bekerja.

Daud: Eh, bukan anak-anak kau yang lain dah kerja? Tinggal Shahmi tu seorang je yang kau kena tanggung.  Dulu boleh sekolahkan anak 6 orang, sekarang seorang takkan tak boleh....

Seman: Ala, anak aku yang lain tak belajar tinggi, dapat juga kerja.

Daud: Anak orang lain balik kampung bawak Mercedes, anak kau ade??

Seman: Takde...(dengan nada perlahan).

Daud: Rezeki dia kemudian tu hal Allah, yang penting kita sebagai ibu bapa ni dah habis usaha dah. Jangan sebenarnya budak tu ada peluang jadi Menteri, tapi sebab kita berkira sangat taknak sekolah kan dia tinggi-tinggi, kat sekolah yang bagus-bagus, akhirnya dia jadi kerani dekat Pejabat Daerah nun. Menjawab kita dengan malaikat nanti Man! Bukan setakat dia yang rugi, kita rugi, negara juga rugi kehilangan pemimpin yang hebat!

Seman: (Diam..)

Daud: Bebudak sekarang tak minum kopi macam kita ni Man, diorang minum ape mende tu anak aku sebut aritu....Setar-bak. Mahal kopi tu Man, berbelas hengget secawan. Heh, gile! Dengan harga tu, kita boleh beli kopi kat kedai Samad ni untuk buat mandi! Hahahaha....

Seman: Hmm...yela...tapiii...

Daud: Aku nasihatkan aja Man. Sekarang ni ramai budak pandai-pandai, Malaysia pun dah maju. Takkan kita nak anak kita sama level dengan kita. Mak bapak kita dulu memang tak beratkan pelajaran, tapi zaman sekarang ni kalau tak belajar, kita akan ketinggalan. Lagipun menuntut ilmu ni sebahagian dari syariat. Orang yang menuntut ilmu ni sama macam pejuang syahid. Dalam perang syahid, kita tak boleh berkira Man.......

Seman: (Diam lagi..)

Daud: (Melihat jam di tangan). Eh, aku minta diri dulu Man, Leha suruh aku ke kedai beli telur, terlupa pulak aku. Dah nampak kau, sempat menyinggah pulak aku. Hehehe...

Seman: Sampaikan salam aku pada Leha ye Daud.

Daud: Nak mampos?? Kalau dia tahu aku menyinggah berborak dengan kau, jawabnya makan telo goreng tak bernasi la aku malam ni. Aku gerak dulu Man, assalamualaikum!

Seman: Wa'alaikumussalam....

Seman menghabiskan baki air kopinya yang sudah agak sejuk dan terfikir-fikir, bagaimanakah agaknya rasa kopi Setar-bak yang disebut Daud sebentar tadi......

No comments:

Post a Comment