Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 29, 2014

I-City

Ni pasal percutian Matta Fair lagi la ni. Aritu masa kat sana aku ade beli tiket masuk ke I-City. Khamis lepas aku and En.Suami amik cuti untuk ke sini.iket tu ade expiry date so kene la pergi awal sebab lepas ni dah puasa. Kitorang bawak Amani je, Danial tinggal kat umah pengasuh sebab dia kecik lagi.

 Untuk RM75 seorang, dapat masuk 6 attractions in I-City. Budak bawah 90cm masuk free. Kalau tak pergi Matta tak dapat harga ni!

Red Carpet

 Ala-ala Madam Thessaud kat London, but I have to say Red Carpet ni tahap amatur jela.

 Kemain lagi bersungguh-sungguh membentangkan isu dunia.

 Bapak mithali, pergi conference pun bawak anak.

 Tinggi camni ke Steve Jobs ni?

 Yes, I think your assignment is good - Albert Einstein

Mr. Bean...(xyah cakap pun orang kenal ye dak)

 Umangaih tingginye makhluk ni. Aku paras pusat dia je! Muahahhaa

OK ,sebagai fanatic fan MJ, aku rasa ini ialah penghinaan. Huduh gila kot!

Trick Art Museum
Yng lain tak pergi takpe, yang ni memang wajib. Superb!

 Oih, overnya expression.

 Baik-baik turun tangga tu bang.

 Ala kuci-kuci

 Eeee...takutnya!!! (tapi sengih tetap sengih)

 Yang ni epic. Amani tolak bapak dia sampai bapak dia tertumpahkan air.

 Even budak kecik ni pun pandai bergambar.

OK, ampunkan reaksi over tu, (again)

Space Mission

 Dalam ni takde pape sangat tapi sebab dah masuk dalam pakej, moh le kite.

 Uiyooo...Bumblebee!

 Alien menyerang bumi!! Amik gamba sat.

En. Suami and his pet.

 Terowong masa.

Naik train pastu main tembak-tembak. Mama yang over.

Snow Walk


 Sejuk oih! Masuk sini jaket disediakan. Aku tak pakai kasut, tapi boleh sewa kasut kat kaunter, RM10.

 Sejuknye bontot dok atas ais.

Budak tak tahan sejuk, dah start cranky.

Main slide. Payah nak kawan menatang ni.

Turn En.Suami lak main.

Antara hiasan-hiasan.

Banyak lagi games tapi sebab Amani dah tak tahan sejuk, terpaksa la keluar cepat. Memang sejuk gila nih! Almaklumlah tak pernah duduk oversea, memang tak pandai nk adjust ngan suhu sejuk gini.

Waterpark

 OK, dah ready nak main air.

Budak dah nagntuk kene paksa main air plak.

Haram jadah betul mende ni. Aku memang taknak main sebab dah pernah main kt Sunway Laggon dulu and I don like it, tapi budak sebelah aku tu mintak tolong sebab nak main ni kene ade 4orang, aku tolong le. 

 Turn En.Suami plak.

Sakit tapi sedap cam kene massage.

Not bad gak waterpark ni, ade satu kolam tu siap ade jakuzi. Kecik je tak beso cam Sunway Lagoon. 

Overall memang masyukkkk la I-City ni, especially untuk orang jakun cam aku. Memang berbaloi-baloi untuk harga tiket RM75. Kalau tak harga tiket untuk satu attraction pun dalam RM30 so ko darab le ade berapa banyak tempat tu, mahal kan? Oh, ade satu lago Horror House (Rumah Hantu), memang tak laaaa aku nak masuk so aku skip yang itu. Kalau pergi weekend lagi meriah kot tapi kene rajin beratur tunggu turn la kot, aku tak rajin.

Tips:
1. Makanan luar tak dibenarkan dibawa masuk katanya. Dalam I-City ni ade banyak restoren, don't worry. Tapi air boleh bawak so make sure bawak banyak air nak-nak time musim panas ni.
2. Dekat parking ade 1 je lift, so make sure parking dekat ngan lift kalau tak rajin naik tangga.
3. Pakai kasut sendir siap stokin kalau nak masuk Snow Walk, kalau tak jadi cam aku kene bayo RM10.
4. Kat sini depa ade fotographer sendiri so kalau nak amik gambo famili memang cun la, tapi duit poketnya pun kene sediakan banyak la, mahal.


No comments:

Post a Comment