Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 17, 2015

Sebab kenapa anak anda perlu didenda walaupun dah berbulu.

1. Ponteng kelas
Mereka adalah pelajar. Pelajar tidak perlu bekerja, mereka hanya perlu datang kelas. Kalau tak datang kelas tapi boleh score A takpe juga, ni semua result kelaut! Kalau anda hantar anak anda ke kolej untuk berpoya-poya, sila maklumkan pada pensyarah, maka kami tidak akan ambil tindakan.

2. Lewat datang kelas.
Cuba kalau di rumah, anak anda tidak bangun lagi walaupun sudah pukul 12tghari, anda marah tak? Atau anak selimutkan lagi anak anda agar mereka dapat terus sambung tidur sehingga petang? Atau patutkah dibiarkan aje tak bangun-bangun walaupun dah 3 hari? Patut ke? Patut ke?

3. Bercakap sewaktu pensyarah mengajar di depan
Sejak dari kecil kita diajar untuk jangan menyampuk ketika orang tua sedang bercakap. Kan orang tua-tua selalu cakap "nak kene cili ke mulut tu?" Kalau setakat kena denda sikit ok la kot, dari kena cili.....

4. Tak buat assigment.
Tak buat assignment, tak dapat markah. Tak dapat markah, result jatuh. Result jatuh, tak boleh grad on time, silap-silap kena tendang. Anda belasah anak anda sebab bazirkan duit anda bayar yuran tapi dia tak boleh nak grad. Anak anda merajuk, larikan diri dari rumah dan jadi gengster. Haisyyy...tak payah susah-susah, serahkan aja tugas mem'belasah' itu pada kami.

5. Melawan cakap pensyarah.
Masalahnya kalau dia pandai lain la cerita. SPM pun cukup-cukup makan, ada hati nak melawan pensyarah. 

6. Main handphone dalam kelas.
Kalau boleh belajar pakai telefon, tak payah la bayar yuran mahal-mahal masuk kolej. 


Kalau ikut cara didikan Islam, hanya pada 7 tahun kedua (umur 7-14tahun) sahaja dibenarkan untuk bersikap tegas pada anak-anak. Jika anak-anak ada buat silap, maka boleh dipukul. Lepas dari itu, anak-anak harus dilayan dengan mesra, persis seorang teman kerana mereka sudah boleh berfikir.

Selaku seorang pensyarah, aku cuba terapkan pendekatan yang sama dalam pembelajaran. Pelajarku rata-rata sudah pada tahap 7 tahun ketiga..sudah besar panjang semuanya, bak kata orang tua-tua "dah berbulu"! Sebaik mungkin pelajar aku layan sepert rakan. Aku usaha agar pembelajaran menjadi menarik dan tidak formal. Dari tidak minat K-Pop, sampai sekarang sudah jadi fan semata-mata mahu cuba sealiran dengan pelajar. Bagi subjek-subjek berasaskan teori yang agak membosankan, pendapatku mungkin lebih seronok jika diberi contoh-contoh yang dekat dengan hati mereka. 

Namun, semuanya tidak semudah yang kusangka. Cabaran menghadapai karenah remaja terlalu tinggi. Kalau budak-budak yang buat salah, boleh lagilah dipujuk hati "takpela, mereka kecil lagi, tidak tahu apa" ...tapi kalau yang buat salahnya orang tua yang kononnya sudah boleh berfikir, logik apa lagi yang boleh digunakan untuk memujuk hati?

Keinginan untuk mendenda pelajar memang sangat tinggi. Namun sayangnya ibu-bapa sekarang ini sungguh pelik, anak mereka tidak boleh diusik. Jika pelajar didenda, cepat sahaja aduan sampai ke pengurusan tertinggi. Akibatnya, pensayarah yang dimarah oleh pengurusan, kononnya tidak pandai menggunakan pendekatan psikologi pada pelajar. Adussss....bertambah sakit hati!

Kalau anak anda tak bersalah, takde sebab untuk dia kena denda. Kami pensyarah semua terpelajar, kami bukan gila. Kalau taknak anak anda kena denda, seal dia dalam kotak dan letak kat loteng rumah.  

No comments:

Post a Comment