Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 3, 2014

Puding sejuk dan cuaca panas

Panas betul cuaca akhir-akhir ni. Memang selalu hujan tapi sebelum dartang hujan tu, panasnya ya ampunnn.

Tekak pun terasa nak makan mende yang manis and sejuk-sejuk je. Tapi aku kan tak pandai masak, so kene la cari idea masak yang simple-simple aje. Tertengok mainan Amani iaitu sweet corn, terus dapat idea nak buat puding jagung. Terus call Pn.Along sebab dia memang pakar buat resipi ni.



Resipi puding:
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
1 senduk makan tepung kastard
1 senduk makan gula (ikut suka nak manis mana)
3 mug air

Resipi kuah:
1/4 tin susu cair
2 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 sudu besar jagung

Campur semua bahan puding di atas dalam periuk, and masak sampai pekat, likat, berkilat dan keluar buih-buih macam letusan gunung berapi. Hati-hati bila dah likat, puding tu melekat kat kuali so kene kacau selalu. Lenguh sikit la tangan. I found that masak dalam non-stick pan senang sikit, puding tak melekat. Kuah pun sama, campur je semua and masak sikit sampai takla cair sangat. Dah masak tu, pindah dalam bekas, simpan dalam fridge, and makan masa sejuk. Bak kata orang Sarawak, nyamannnn....

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment