Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 1, 2015

Apa kegunaan sesi interview sebenarnya?

I graduated with Bachelor Degree on 2008. Ever since, I have attended numerous interviews. Many...so many to count. Ceruk mana pun kat Malaysia ni aku redah asal ada jemputan temuduga. 

Mungkin ini dugaan untuk aku, susah nak dapat kerja. But in case where I already secured a job pun, I still go for job hunting. My intention is only one - To get better employment. I believe somewhere out there, there is one job that really suits me.

Based on my experiences, dari berpuluh-puluh interview yang aku pergi, hanya dua sahaja yang berjalan dengan baik. Selainnya meninggalkan kenangan yang cukup mengguris hati.

Di Malaysia, sesi interview seolah-olah sesi soal jawab antara polis dan penjenayah, sungguh menakutkan! Calon akan ditanya soalan yang kadang-kadang takde kene mengena pun dengan jawatan yang dipohon. Interviewer tanya soalan yang diluar skop kononnya untuk mengetahui tahap pengetahuan calon. Yang pastinya calon belum bersedia dengan soalan yang tidak disangka. Aku pernah mohon jawatan sumeber manusia dan soalan yang ditanya adalah mengenai kesan kemerosotan ekonomi negara, how are they related? Of course la calon mempuyai pengetahuan am yang basic tapi bila jawapan yang diberikan hanyalah sekadar 'on the surface', interviewer nak marah pulak. Bukan salah calon..dia hanya mahu minta kerja yang dirasakan sesuai dengan kelayakan, bukannnya ingin bentang research atau kertas kerja!

Pendapat interviewer pada kau akan bertambah buruk kalau dia tengok resume ko kencang gila dengan banyak pengalaman kerja. Habis la ko.....jenuh la menjawab soalan yang merepek-repek like "Kenapa nak mintak kerja sini, kerja lama awak nampak hebat" Apa ko nak jawab? Takkan ko nak jawab ko tamak duit, nak cari kerja lain yang boleh offer lagi tinggi. Atau sebab bos ko gila, suruh ko kerja non stop sebab tu resume ko kencang, so ko nak tukar kerja yang tak gila sangat. Atau sebab ko nak pindah dekat sikit ngan mak bapak ko sebab ko anak mak. Atau nk pindah dekat ngan pakwe supaya jimat duit travel bila nak dating. Even ko dah menjawab dengan berhemah "sebab saya mahukan cabaran dalam kerja saya" tapi kebanyakan interviewer akan anggap jawapan ko tu terlalu diplomatik lalu mereka akan ketawa sinis. Sumpah annoying!


Kat Malaysia, bertuka-tukar kerja ialah satu jenayah.

Sebab mentaliti kita masih mentaliti atok nenek. Kalau dah kerja tu, kene setia dengan kompeni tu sampai pencen walaupun hari-hari kene maki. "Dah rezeki kau, hadap jela...." Macam la rezeki ko kat bumi Allah yang luas ni ade kat situ je, kalau kau tukar kompeni lain automatik rezeki ko hilang ditelan bumi.

Pengalaman aku interview dengan omputeh sangat berbeza. Aku tak tau lah kot dorang desperate nak hire orang ke apa, tapi cara interviewnya ialah.....instead of interrogate candidate, dorang promote post yang dorang offer tu. Sebabnya;

1. Ruang iklan jawatan kosong tu terlalu kecil dan simple untuk menerangkan jawatan itu secara details. Contohnya dalam iklan kata "required skills: advance in microsoft office". Dalam interview dia akan cakap yang kerja tu memerlukan ko terer excel sebab kene buat banyak report, so kene tau guna pivot table. Takkan nak tulis panjang-panjang camtu dalam iklan jawatan kosong kan.

2. Dorang dah pilih candidate yang terbaik dalam 'screening process', kenapa nak kene screening lagi dalam interiew? So masa interview ialah masa untuk promote jawatan tu supaya candidate yang terbaik ni tadi akan berminat untuk join kompeni dorang. They do not want to lose the talent. Interviewer akan tanya samada candidate berminat tak untuk 'try' the job they offered.

3. Interview juga adalah untuk memberi penerangan dengan lebih lanjut tentang 'compensation package' yang akan ditawarkan. Kiranya dorang takde melagak yang dorang offer benefit yang tiptop. And plus dorang memang spesis jujur. Kat Malaysia jangan harap la nak dengar interviewer explain pasal compensation yang bakal ko dapat. Kalau kau tanya pulak, ko akan dianggap sebagai mata duitan. And normal sangat kalau kene tipu, time interview cakap lain, dah kerja dapatnya lain. Dah kerja baru la nak cakap "oohh..bonus tu memang dapat tapi kalau awak dah kerja cukup 3 tahun" Krikk krikk...

Bukanlah dorang tak tanya soalan langsung, cumanya dorang tak tanya soalan pelik-pelik. Dan kalau kau tak dapat jawab soalan dorang, dorang akan tukar corak soalan tu sampailah ko jawab dengan betul..sebab kadang-kadang candidate ni nerves sangat, orang cakap lain dia faham lain...tapi tak bermakna dorang bodoh. Dorang akan tanya soalan yang relevent dengan kerja ko sebab dorang panggil ko interview pun berdasarkan pengalaman ko sebelum ni. Example "in this job, you need to use our own system. I saw in you resume you used other system. Is it okay for you to use ours?" Haaa...ko pun jawab la okay je sebab system yang ko guna sekarang ni pun lebih kurang cam sistem dorang ke...or dulu ko tak familiar pun ngan sistem yang ko pakai tu tapi ko hanya amik masa 2minggu untuk berlajar, so ko rasa ko okay je nak belajar sistem dorang.

Tak stress pun interview dengan dorang.



Untuk para pembaca yang asik kecewa dengan interview, I feel you bebeh. Don't be sad...anggap je dorang rugi sebab tak dapat pekerja yang bagus cam ko.

No comments:

Post a Comment